Bahan Pembelajaran


BERIMAN KEPADA MALAIKAT




PENGERTIAN MALAIKAT :
Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada nur.


KONSEP BERIMAN KEPADA MALAIKAT:

Beriman kepada malaikat adalah rukun iman ke-2.
Hukum beriman kepada malaikat adalah wajib.
Bilangan malaikat terlalu ramai dan yang wajib kita ketahui hanya 10 malaikat sahaja.

10 NAMA-NAMA MALAIKAT.



DALIL NAQLI BERIMAN KEPADA MALAIKAT:


AlQuran :

وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya : "..sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." [AnNisa ayat 136]


TUGAS-TUGAS MALAIKAT

1. JIBRIL -----------Menyampaikam wahyu
2. MIKAIL----------Mengatur rezeki
3. ISRAFIL----------Meniup sangkakala
4. IZRAIL------------Mencabut nyawa
5. MUNGKAR------Menyoal orang yang telah mati
6. NAKIR -----------Menyoal orang yang telah mati
7. RAQIB -----------Mencatat amalan kebaikan
8. ATID--------------Mencatat amalan kejahatan
9. MALEK----------Menjaga neraka
10. RIDHWAN-------Menjaga syurga



SIFAT-SIFAT MALAIKAT.

Sifat malaikat berbeza dengan manusia dan jin.

• Malaikat sentiasa taat kepada perintah Allah swt.
• Sentiasa bertasbih memuji Allah
• Sentiasa takut kepada Allah
• Tidak tidur
• Tidak makan
• Tidak minum
• Tidak berjantina (tidak lelaki, tidak perempuan)
• Tidak bernafsu
• Tidak berkahwin
• Tidak melakukan maksiat

KESAN-KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT.

1. Mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah.
2. Sentiasa bertaqwa kepada Allah.
3. Mengakui kelemahan diri.
4. Takut untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan.
5. Berdisiplin dan bertanggungjawab.
6. Sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah.



2 comments:

  1. Tahniah, maklumat yang diberikan menarik dan gambar yang berwarna-warni.

    ReplyDelete
  2. Baru jumpa blog Mariah..blog yang kemas..tahniah.

    ReplyDelete